Click!

Tuesday, April 5, 2011

Wang Oh Wang

Greetings~~

Hari ni tetbe rasa nak share tentang wang kertas dulu kala...
***
Sebenarnya nak tulis tajuk "Duit Oh Duit" tapi rasa macam duit = cling-cling (duit syiling)
Tak best kan? Maka, tukar....

Al- kisah....
Minggu lepas, aku tolong la mama kemas- kemas rumah. Tetbe...
Jumpa ni!!!
*
*
*
Wang Kertas RM1

Wang Kertas RM5

Wang Kertas RM10

First- first tengok, "ala, duit lama je". Tetbe, muncul idea bernas...Hehe
"Jual, dapat banyak duit ni..." haha. Aku kerja nak lelong je benda khazanah yang aku jumpe dalam rumah tu. Tapi, abah tak bagi..hampa betol...

Tapi tak pe, kot2 sapa2 pengumpul wang kertas ni, nak beli ke, boleh ler KAUTIM dengan aku..
Harga, boleh runding.. hehe

Till Then~~

Wednesday, March 23, 2011

Disney CUTIES ❤❤❤

Greetings ~~

Tadi petang after class, pergi guardian MP (Mahkota Prade).
Tujuan:: Nak ambil hadiah Disney CUTIES dari guardian la...

Penat tau berhempas pulas membeli barang2 kat guardian tu..Dah la mahal ...
Aku PAKSA semua kawan2 aku pergi memborong kat guardian tu utk dapat kan stiker utk aku... haha
Adik perempuan aku, toksah cakap la...dia tu jadi mangsa pujukan dan hasutan aku..hehe (Sorry Amal)
1 stiker = RM20
60 stiker = free Disney CUTIES
Berapa RM abehhhsss?
G amek calculator sane...

Ada 6 pilihan Disney CUTIES... mickey, donald, chip, dale, tiger and pooh...
Pilihan ku = CHIP
Tapi....Lebih seronok kalau dapat dale juga kan? 
Mungkin next time..


❤❤❤  CHIP  ❤❤❤
Ribuan terima kasih pada semua yang membantu ye...

1- Family. esp Amal (mangsa...) dan Mama (ATM Mesin)
2- Najeh dan Pah (Terkejut beruk sebab dapat 10 stiker dlm 1 resit!!!)
3- Cik Yati (Sanggup bagi 3 stiker yang dah di tampal)
4- Aishah, Cybill dan Dila (borong RM140 = 7 stiker)
5- Muqit (Cabut yg dah tampal)
6- Najeh (23 stiker selepas berlepas ke Sydney)
7- Floating Lotus (Driver dan tukang geleng kepala   =__=")
8- Dan kawan2 yang membantu...

Till Then~~

Saturday, March 19, 2011

Asus X42JR-VX141V-W7HP

Greetings~~
Asus? Macam jenama laptop je...
Memang jenama laptop pun la....
Apa cerita ni?
Ok, jom teruskan membaca...
*
*
*
Semalam, awal pagi ma aku tepon. Aku yang masih mamai ni, jawab je la...

mama:::Salam, iman tidur lagi?
aku:::aah..kelas kul 10 nanti...npe ma?
mama:::ma nk datang melaka petang ni.
aku:::kenapa?ada meeting ke? [ma aku ni orang kuat tupperware]
mama:::tak la. nak beli laptop iman dan ambil laptop lama bagi adik2 pakai.

Before ni, mama memang la ada cakap adik2 nk gune laptop nk wat keje dan online upu...
So, senang kata, aku just cakap ok je...
*
*
Pukul 4.30 petang, ma sampai depan hostel aku dan kami terus pergi ke BB a.k.a Bukit Beruang [tempat banyak jual barang2 komputer ni]

Sebelum tu, g makan jap dekat kedai mamak kat Bunga Raya. Pergi BB sebab nak bli ink printer je..adik2 nk guna printer jge kata nye...huhu
Pastu, baru g StyGix tok survey2 laptop..Tapi, aku al-maklum yang tempat tu banyak jual ASUS sedangkan aim aku adalah DELL(sebab aku nk warna pink ..hihi)
Takpe, tgk dulu, then cakap "Ok tq, nanti apa2 i datang lagi..."
Hati dah bercelaru dah time ni...

Then, pergi la pula HATTEN SQUARE sebab aku nak juga cari DELL PINK aku tu even hati dah berbelah bahagi... Sampai2 je...tak pandang dah Dell sebab terus nampak Asus...Dan dalam kereta masa perjalanan tadi, aku asyik compare harga, function, features, dan macam2...
So, aku decide say NO untuk survey Dell sbb takut berkenan sedangkan TERANG TANG TANG yang Asus lagi bagus la...

Maka, solat magrib di sana dan terus ke BB semula...teruk kan aku..(menyusahkan mama je..hihi)
So, aku pun ambil la ASUS. melayang la duit mama RM2682...
[kedai tu kedekut. RM2 pun tanak bagi diskaut]

Aku sebenarnya nak ASUS A42JP-VX098-2GB PCIE.
Tapi yang sedih, takda stok!!! Kene order..
Atas bantuan kak najua, last decision aku, ASUS X42JR-VX141V-W7HP la yang menjadi pilihan hati...

Ni aku ada la ambil picto lappy baru aku...
tengok2 la ye...




best kan? memang seronok dapat lappy baru
Tq mama ^_^

Sini aku nak share sikit pasal apa bagus la lappy ni...

1) yang terhebat: processor intel core i7QM processor (1.73-2.92 GHZ, 6MB L3, DMi 2.5GT, 35W)
2) 4GB DDR3 (tapi aku dapat 6GB)
3) 14" LED
4) 500 GB hardisk
5) ATI RADEON 5470 1GB DDR3 PCIE

Hadiah yang aku dapat hasil pembelian lappy ni adalah :

1- printer HP 2000 dan free ink color (ink balck kene beli sendiri)
2- mouse dan mouse pad (even zaman sekarang dah x guna maouse pad)
3- beg laptop (yang galas belakang warna biru muda-tak lawa pun)

Tak banyak pun hadiah nya...tapi yang best dapat printer...
Even rumah aku dah ada 3 printer termasuk yang baru dapat    =________________=

Till Then~~~

Thursday, March 17, 2011

Kek Batik~~~

Greetings~~~
Entry kali ini pasal kek batik...
Aku buat kek batik ni pun sebab ada special day yang aku nak kasi kat someone ni...
Special juge la dia pada aku..hihi
*
*
*
Isnin lepas, abes je kelas pukul 4 petang, terus singgah Mydin beli bahan2...
Pastu terus singgah uma akak2 senior nk tumpang masak...Yela, hostel aku mana ada dapur dan peti ais kan...
Thanks ye kak najua, kak wani, muqit dan kak dila ^_^
***
***
***
Masak punya masak, lekan punya tekan, akhirnya siap juge kek tu...
YES!!!!HAPPY SANGAT...
"esok boleh bagi kat dia....hehehe"

Time tu, tertanya- tanya reaksi dia...tapi, dah tau la kan sbb entry ni pun buat after bagi kek tu kat dia..haha...
Ok je...
Till Then~~~

Tuesday, March 8, 2011

Tartlet

Greetings~~~
Entry kali ni nak share pic "apa itu tartlet..."
*
*
*
Sebenarnya, tartlet ni dah lama buat...Tapi, hari ni baru rasa nak tunjuk...

Maka, ini lah dia TARTLET
*
*
*
*tartlet bersaiz besar*

*ini bersaiz kecil dan comel- comel*
sekali ngap, terus habis...hihi


*ini adalah hasil tartlet pada hari tersebut ^_^*

So, kepada kalian2 yang tak pernah dengar tartlet, ni la dia...
layer kastad dan buah- buahan...
nyum- nyum sebagai pencuci mulut....
Tapi, kami sekeluarga tak payah tunggu sebagai pencuci mulut pun, makan terus je...
Hihi

Sekian
Till Then~~Love

Thursday, February 3, 2011

Eco Bottle

Greetings...
Entry kali ni berkenaan ECO BOTTLE dari TUPPERWARE
*
*
*
Aku sangat meminati Tupperware...turun dari mama kot...
So, any latest product from Tupperware, mesti aku tau..[sbb mama akan beli 100 katalog Tupperware]
Nak di jadikan cerita, mama hadiah 1 eco bottle pada aku, tapi yang 1 liter(warna hijau)...
Dah lama dah...Sekarang warnanya hijau pucuk pisang kan? Aku punya hijau terang...
***
Suatu hari, keluar yang baru...Eco bottle kecik (500 ml) COMEL @_@
Wahhhh, aku teringin nya...hehe
Aku sampai berangan nak 1 set of eco bottle yang kecil tu sebab dia ada 4 color.
Tapi, mama dah beli 1 set untuk family dah...siap ada warna purple lagi...(limited edition)
Mama cakap: "Nanti, setiap minggu, anak2 mama boleh tukar2..."
Baik kan mama aku?hehe
***
Lastly, aku tetap geram sebab eco tu comeiii sangat!! ^_^
Maka aku pun buatlah jualan di U aku..haha...
Kelakar tapi benar dan laku tau...
Best bila tengok ramai pakai botol tu...cute je..hehe
Tahniah pada si pemakai ye ^_^

Till Then~~ Love

Sunday, December 12, 2010

Cheese Cake~~

Hai semua...greetings...
Lama sudah aku tak menjenguk apatah lagi mencoret dalam blog aku ni...
So, entry kali ni pasal CHEESE CAKE...
Kenapa cheese cake? korang agak- agak? hehe..
*
*
*
Ok la, macam yang korang tau, banyak jenis cheese cake ni, banyak sangat, aku pun malas la nk melebel kan...
Masing- masing mesti ada cita rasa masing- masing kn?
Dan mesti lah yang paling sedap tu la menjadi pilihan hati...Kan? hehe...
Aku pun sama...asyik- asyik kerja aku makan je cheese cake...
pantang jumpe, mesti beli, rasa dan mengomen...
Sedap ke, terlebih telur ke, kurang cheese ke, dan bal..bla...bal...
Teruk kan?hee...
Last2 aku decide nak belajar...[BAGUS KAN AKU] ^_^


Ok, terlalu banyak bebel, last- last senag kata, aku berjaya buat yang paling simple...Meh aku share dengan korang...
Cepat2 amek kertas dan pen...kalau yang maju tu, taip je balik..hehe
*
*
*
*
Bahan- bahan:


* 1 kg cream cheese
*350 g gula
*20 g tepung gandum
*16 g tepung jagung
*200 ml krim segar
*5 biji telur


Cara- cara membuatnya:


1-Pukul cream cheese dan gula sampai larut dan sebati
2-Masukkan telur, sebiji demi sebiji
3-Masukkan tepung dan krim segar
4-Pukul sampai sebati dan masukkan adunan dalam acuan
5-Bakar kaedah 'double boiler' pada suhu 150C dalam masa 4 jam


[SIAP!]


Ni la cheese cake yang aku buat sekarang sampai family aku asyik suruh aku buat je...jimat..hehe
Tapi, aku selalu beli cream cheese 250 g je...
Maka, segala bahan- bahan tadi, aku bahagi la 4...pandai2 la korang...
Kalau dapat ikut exact resipi ni, lagi bagus...
Try la...Senang dan konfem menjadi...
Selamat Mencuba... ^_^
*
*
*
With love~~~